
NADI Long Bedian mengalu-alukan serta menggalakkan para usahawan di Long Bedian untuk menyertai kelas-kelas secara dalam talian yang dianjurkan di NADI Long Bedian. Penyertaan ini bukan sahaja dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran digital, malah membuka peluang baharu dalam memperkembangkan perniagaan secara lebih moden dan berdaya saing.
Hal yang demikian kerana NADI sentiasa komited dalam memberi kembali kepada komuniti setempat, antaranya melalui pemberian sound box kepada usahawan yang telah mendaftarkan kod QR sebagai sokongan kepada urusan perniagaan tanpa tunai.
Usaha ini membuktikan komitmen NADI dalam menyokong pembangunan ekonomi digital. Oleh itu, para usahawan dan komuniti setempat amat digalakkan untuk memanfaatkan kemudahan serta program yang disediakan demi kemajuan bersama.