NADI Long Bedian

BAZAR RAYA NADI LONG BEDIAN 2025 BERJAYA MERIAHKAN KOMUNITI

Long Bedian, 22 Mac 2025 – Program Bazar Raya NADI Long Bedian 2025 berjaya dianjurkan dengan pelbagai aktiviti yang mengeratkan hubungan komuniti. Program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ini bertujuan memeriahkan sambutan Hari Raya serta memberi peluang kepada usahawan tempatan memasarkan produk mereka.

Bazar ini menawarkan pelbagai jenis makanan tradisional dan moden serta kraftangan tempatan seperti anyaman dan hasil seni kreatif. Antara aktiviti menarik ialah NADIxWellbeing, NADIxDilea, KIDxVenture, NADIxEsport, dan NADIxKeusahawanan, yang memberi manfaat kepada peserta dalam aspek kesihatan, pembelajaran, pengembaraan, e-sukan, dan keusahawanan.

Program berakhir pada jam 4 petang dengan sambutan menggalakkan daripada pengunjung.