1. TINY TECHNIES
Ulang Kaji Siri 1 Mikro:bit & Robotik (Sekolah Rendah)
Ulang Kaji Siri 1 Python, HTML & SQL (Sekolah MenengaH
Tarikh: 2 Februari 2026
Masa: 2.00 petang
Tempat: NADI Long Bedian
Sasaran Peserta:
- Murid Sekolah Rendah
- Pelajar Sekolah Menengah
Ringkasan Program:
Program Ulang Kaji Siri 1 telah dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan pengukuhan asas teknologi digital kepada murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Bagi murid sekolah rendah, aktiviti memfokuskan kepada pengenalan Mikro:bit dan asas robotik, bertujuan meningkatkan minat terhadap sains, teknologi dan pemikiran logik melalui pembelajaran secara praktikal dan interaktif.
Manakala bagi pelajar sekolah menengah, sesi ulang kaji merangkumi asas Python, HTML dan SQL sebagai persediaan awal ke arah kemahiran pengaturcaraan dan pembangunan teknologi maklumat.
Program ini berjaya menarik penyertaan komuniti setempat dan memberi impak positif dalam memperkasa literasi digital selaras dengan peranan NADI sebagai pusat pembelajaran teknologi komuniti luar bandar.






2. NADI Mahir Masak: Penyediaan Pizza Base & Sos Pizza (Minggu 4)
TARIKH:
3/2/2026
MASA:
9.30 pagi – 11.00 pagi
TEMPAT:
NADI Long Bedian
RINGKASAN PROGRAM:
Program Kursus NADI Mahir Masak ini telah dilaksanakan bagi memberi pendedahan asas kepada peserta mengenai penyediaan pizza base dan sos pizza. Program ini melibatkan sesi penerangan, demonstrasi serta aktiviti amali secara interaktif. Peserta menunjukkan penglibatan yang baik dan memperoleh kemahiran asas memasak yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian serta berpotensi menjana pendapatan.




3. NADI Mahir Foto (Mobilegraphy) Minggu ke-4
Program Kursus NADI Mahir Foto (Mobilegraphy) Minggu ke-4 telah dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas fotografi menggunakan peranti pintar. Pengisian program merangkumi pengenalan lens dalam fotografi, jenis-jenis lens, serta kefahaman terhadap tetapan kamera telefon pintar seperti exposure (EV), shutter speed, aperture, ISO dan white balance (WB). Program ini membantu peserta memahami kawalan cahaya, pergerakan, fokus dan warna bagi meningkatkan kualiti foto yang diambil menggunakan telefon pintar.



4. Webinar Pemasaran Digital eKelas Usahawan: AI untuk Mencipta Kandungan
TAJUK PROGRAM:
Webinar Pemasaran Digital eKelas Usahawan: AI untuk Mencipta Kandungan
TARIKH:
Selasa, 3 Februari 2026
MASA:
10.00 pagi – 11.00 pagi
TEMPAT:
Secara dalam talian (Zoom)
RINGKASAN PROGRAM:
Webinar Pemasaran Digital eKelas Usahawan ini telah dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada usahawan dan komuniti mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam penciptaan kandungan digital. Program ini memberi fokus kepada strategi pemasaran digital yang lebih efektif serta penggunaan AI sebagai alat sokongan dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti kandungan perniagaan. Program ini telah dilaksanakan secara dalam talian dan mendapat sambutan yang menggalakkan.



5. NADI x MAHIR : Baiki Gajet
INTAKE 3 – Sesi 4 (Minggu Ke-4)
📅 Tarikh: 4 Februari 2026
⏰ Masa: 9.30 pagi – 11.00 pagi
Sesi Minggu Ke-4 bagi program Kursus Mahir Baiki Gajet telah dijalankan dengan baik. Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai peralatan diagnose serta teori asas sistem Android yang penting dalam proses mengenal pasti dan menganalisis kerosakan peranti.
Topik yang dibincangkan:
- Pengenalan Peralatan Diagnose
- Fungsi dan Penggunaan Peralatan Diagnose
- Pengenalan Teori Sistem Android
- Hubungan Perisian dan Perkakasan dalam Telefon Pintar
Melalui sesi ini, peserta mula memahami kaedah mengenal pasti punca kerosakan dengan lebih tepat serta kepentingan pengetahuan teori sebelum melaksanakan kerja pembaikan sebenar.



6. OPEN TUITION – BAHASA MELAYU FORM 2
Topik: Karangan Pendek
Tarikh: 5 Februari 2026 (Khamis)
Masa: 9.15 – 10.30 pagi
Platform: Google Meet
Peserta telah berjaya mengikuti sesi pembelajaran Bahasa Melayu secara dalam talian melalui Google Meet. Sepanjang sesi, mereka memberi tumpuan penuh dan aktif menyertai aktiviti yang dijalankan oleh guru. Pengajaran tertumpu kepada topik karangan pendek, merangkumi teknik asas penulisan, penyusunan idea, serta penggunaan ayat yang betul dan menarik. Guru turut menjalankan sesi soal jawab dan latihan penulisan bagi membantu pelajar meningkatkan kefahaman dan kemahiran menulis. Peserta juga menerima maklum balas secara langsung berkaitan hasil penulisan dan tahap kefahaman mereka. Keseluruhan sesi berjalan lancar, teratur, dan mengikut jadual.



7. 📣 WEBINAR ON DEMAND: ANCAMAN SIBER DALAM DUNIA DIGITAL
📅 Tarikh: 6 Februari 2026
🕒 Masa: 3.00 Petang
💻 Platform: Atas Talian (On Demand)
Webinar ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai ancaman siber dalam dunia digital yang semakin kompleks. Peserta didedahkan kepada jenis-jenis ancaman siber serta langkah asas keselamatan digital yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.
👥 Jumlah Penyertaan: 2 orang peserta telah menyertai webinar ini.



8. KIDSVENTURE LIVE WEBINAR (OPERASI PERNIAGAAN)
📅 7 Februari 2026 (Sabtu)
⏰ 10.00 – 11.30 pagi
Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan 1 orang peserta. Webinar ini memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai asas operasi perniagaan, termasuk pengurusan aktiviti harian perniagaan secara mudah dan berperingkat.



9. Ulang Kaji Siri 2: Micro:bit & Robotik
🗓 Tarikh: Sabtu, 7 Februari 2026
⏰ Masa: 2.00 – 3.00 petang
💻 Platform: Dalam talian
👥 Kehadiran: 3 orang peserta
Sesi Ulang Kaji Siri 2: Micro:bit & Robotik telah dilaksanakan secara dalam talian bagi mengukuhkan pemahaman peserta terhadap asas pengaturcaraan dan aplikasi robotik menggunakan Micro:bit.
Sepanjang sesi ini, peserta telah:
- Mengulang kaji konsep asas Micro:bit dan fungsi utama.
- Meneroka semula kawalan pergerakan robot.
- Menyelesaikan latihan ringkas bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran praktikal.
Program ini membantu peserta memperkukuh asas teknologi dan logik pengaturcaraan dalam suasana pembelajaran interaktif.



10. KIDSVENTURE LIVE WEBINAR (OPERASI PERNIAGAAN)
📅 8 Februari 2026 (Ahad)
⏰ 2.00 – 4.30 petang
Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan 1 orang peserta. Webinar ini memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai asas operasi perniagaan, termasuk pengurusan aktiviti harian perniagaan secara mudah dan berperingkat.



11. NADI x KESEDARAN – Taklimat Buli Siber
📅 Tarikh: Isnin, 9 Februari 2026
⏰ Masa: 3.00 petang – 4.00 petang
💻 Platform: Google Meet
👥 Jumlah Peserta: 6 orang
Taklimat Buli Siber telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian melalui platform Google Meet. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya ibu bapa, penjaga dan golongan muda, mengenai isu buli siber yang semakin berleluasa dalam dunia digital masa kini.
Sepanjang sesi berlangsung, peserta didedahkan dengan bentuk-bentuk buli siber, kesan negatif terhadap emosi dan kesejahteraan mangsa, serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil bagi memastikan penggunaan internet yang lebih selamat dan beretika. Penekanan turut diberikan kepada kepentingan sikap bertanggungjawab dan empati dalam interaksi atas talian.
Seramai 6 orang peserta telah menyertai taklimat ini dan menunjukkan penglibatan yang baik serta memberi respons positif terhadap perkongsian yang disampaikan.



12. OPEN TUITION – BAHASA INGGERIS FORM 2
Topik: WRITING (PAPER 2) – PART 1: SHORT COMMUNICATIVE MESSAGE
Tarikh: 10 Februari 2026
Masa: 09.15 – 10.30 pagi
Platform: Google Meet
Peserta Form 2 telah berjaya menghadiri sesi pembelajaran secara dalam talian melalui platform Google Meet. Sepanjang sesi, para pelajar menunjukkan tumpuan yang baik serta terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran.
Guru menyampaikan pengajaran dengan memberi fokus kepada kemahiran penulisan bagi Short Communicative Message, merangkumi penerangan format, contoh soalan, perbincangan idea serta latihan penulisan. Pendekatan ini membantu pelajar memahami keperluan soalan dengan lebih jelas.
Peserta turut menerima maklum balas secara langsung daripada guru bagi meningkatkan kualiti penulisan mereka. Secara keseluruhan, sesi pembelajaran berlangsung dengan lancar, teratur dan mengikut masa yang telah ditetapkan.



13. VIDEO PRA LATIHAN – OPERASI PERNIAGAAN
📅 10 Februari 2026
⏰ 10.00 – 11.00 pagi
Video pra latihan ini disediakan sebagai persediaan awal untuk membantu peserta memahami asas operasi perniagaan sebelum mengikuti sesi latihan utama.
🎯 Hasil Pembelajaran:
Peserta dapat mengenal pasti konsep asas operasi perniagaan, memahami aliran kerja perniagaan secara ringkas, serta meningkatkan kesediaan untuk mengikuti latihan seterusnya dengan lebih berkesan.



14. NADI x MAHIR : Baiki Gajet
INTAKE 3 – Modul 5
📅 Tarikh: 11 Februari 2026
⏰ Masa: 9.30 pagi – 11.00 pagi
Sesi Modul 5 bagi program Mahir Baiki Gajet Intake 3 telah dilaksanakan dengan jayanya. Modul kali ini memberi fokus kepada kemahiran asas praktikal dalam proses membuka dan memasang semula peranti Android dengan teknik yang betul dan selamat.
Topik yang dipelajari:
- Teknik asas membuka telefon Android
- Susunan dan pengendalian komponen dalaman
- Kaedah memasang semula peranti dengan betul
- Penekanan aspek keselamatan dan penjagaan komponen
Melalui sesi ini, peserta berpeluang mempraktikkan kemahiran secara langsung serta meningkatkan keyakinan dalam mengendalikan peranti sebelum melangkah ke tahap pembaikan yang lebih kompleks.



15. LIVE WEBINAR: OPERASI PERNIAGAAN
📅 12 Februari 2026
⏰ 10.00 – 11.00 pagi
Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan 1 orang peserta. Sesi ini memberi pendedahan berkaitan pengurusan operasi perniagaan secara lebih terancang dan sistematik.
Objektif:
- Memberi kefahaman mengenai konsep asas operasi perniagaan.
- Menerangkan kepentingan pengurusan aktiviti harian dalam memastikan kelancaran perniagaan.
- Meningkatkan pengetahuan peserta tentang pengurusan sumber dan proses kerja.
Hasil Pembelajaran:
Peserta lebih bersedia untuk mengaplikasikan ilmu dalam perancangan perniagaan masing-masing.
Peserta dapat memahami aliran kerja operasi perniagaan.
Peserta dapat mengenal pasti peranan pengurusan operasi dalam meningkatkan kecekapan perniagaan.



16. 📣 LIVE WEBINAR: CARA KENAL PASTI FAIL BERBENTUK VIRUS
📅 12 Februari 2026
🕒 3.00 Petang – 4.30 Petang
💻 Platform: Dalam Talian
Webinar ini memberi pendedahan kepada peserta tentang cara mengenal pasti fail yang berpotensi mengandungi virus atau perisian berbahaya (malware). Peserta turut mempelajari langkah pencegahan, amalan keselamatan semasa memuat turun fail, serta kepentingan menggunakan perisian keselamatan bagi melindungi peranti dan data peribadi.
👥 Jumlah Penyertaan: 2 orang peserta telah mengikuti webinar ini.



17. KESIHATAN MENTAL PEMAIN E-SUKAN
Program E-Sukan yang dilaksanakan di NADI merangkumi Program Kesedaran yang akan ditambah nilai dengan modul pendidikan, peserta bukan sahaja akan memperbaiki kemahiran permainan mereka tetapi juga memperoleh kemahiran kendiri yang bernilai yang akan membantu mereka dalam akademik dan peluang kerjaya. Pendekatan ini bukan sahaja membantu meningkatkan kesedaran tentang e-sukan tetapi juga mendidik peserta mengenai aspek-aspek penting dalam dunia e-sukan seperti Pengurusan Masa, Kesihatan Fizikal dan Mental, Strategi Permainan, Kerjaya dalam E-Sukan dan Kemahiran Sosial peserta.
Program Inovatif ini adalah satu Inisiatif untuk mengintegrasikan keseronokan dalam permainan dan penglibatan E-Sukan dengan modul pendidikan untuk memupuk Pemikiran Strategik dan Kemahiran Kendiri disamping membangunkan semangat kerjasama berpasukan dan mewujudkan Jaringan Komunikasi antara peserta di seluruh Malaysia.
Jam: 3petang
Tempat: NADI Long Bedian
Tarikh: 14 Feb 2026


