NADI Long Bedian

  1. Pendaftaran SKAS Bersama NADI Long Bedian

Tarikh : 9 Jun 2025

Masa : 11 pagi – 12 tengah hari

Tempat : NADI Long Bedian

SKAS merupakan inisiatif bantuan kewangan kepada anak Sarawak dalam golongan berpendapatan rendah melalui baucar digital, yang boleh diakses melalui aplikasi S PAY GLOBAL (e-dompet) bagi pembelian barangan makanan asas.

�� Matlamat SKAS:
✅ Membantu mengurangkan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah
✅ Memastikan akses kepada keperluan makanan asas yang mencukupi
✅ Menggalakkan penggunaan transaksi digital yang selamat dan mudah
✅ Menyokong kesejahteraan komuniti Sarawak melalui bantuan berterusan

2. Kelas Menggunakan WhatsApp dengan Selamat!
📅 Tarikh: 9 Jun 2025
🕤 Masa: 10.00 pagi – 12.00 pagi
📍 Tempat: NADI Long Bedian

Pelajari langkah-langkah mudah untuk melindungi akaun anda daripada digodam, elakkan penipuan, dan kekalkan privasi semasa berhubung dengan keluarga, rakan, dan rakan niaga.📱 Jom ketahui cara selamat guna WhatsApp – demi keselamatan digital anda dan orang tersayang!


3. (1) Taklimat Perisian Merbahaya


Anjuran: NADI x Kesedaran
Tarikh:

  • 9 Jun 2025 (Isnin – khas untuk Sarawak)
    Masa: 3:00 petang – 4:00 petang
    Platform: Google Meet (pautan disediakan dalam jadual)

Sasaran Peserta:

  • Terbuka kepada peserta berumur 12 tahun ke bawah
  • Kakitangan dan komuniti di bawah NADI Sabah, WP Labuan, Sarawak & Perak (di bawah SSO NERA sahaja)

Objektif:
Memberi kesedaran tentang bahaya perisian merbahaya (malware) serta tanda-tanda awal seperti komputer atau telefon menjadi perlahan dan kemunculan iklan pelik atau pautan mencurigakan.

3 (II). Taklimat Laman Web Berbahaya

Masa: 4:00 petang – 5:00 petang
Sasaran Peserta: Peserta berumur 13 tahun ke atas
Objektif:
Memberi pendedahan tentang risiko melayari laman web mencurigakan atau menerima pautan yang meminta maklumat peribadi secara tidak sah.

Yuran Penyertaan: Percuma


4. Webinar eKelas Usahawan

✅ Belajar teknik pemasaran terkini
✅ Percuma & online sahaja
✅ Sesuai untuk semua usahawan
✅ Tips terus boleh guna!

📅 10 Jun 2025 | 🕙 10.00 – 11.00 pagi
📍 Zoom LIVE di NADI LONG BEDIAN

Manfaat yang diperolehi: –

📌 1. Belajar Teknik Pemasaran Digital Terkini
Ketahui cara menggunakan media sosial, Google, dan platform digital lain untuk promosi produk anda secara berkesan.

📌 2. Percuma & Mudah Diakses
Tak perlu bayar! Cuma daftar dan join dari rumah atau kedai anda melalui Zoom.

📌 3. Sesuai untuk Semua Jenis Usahawan
Tak kira anda baru mula atau dah lama berniaga, ilmu ini akan bantu tingkatkan jualan.

📌 4. Dapat Tips & Strategi Praktikal
Bukan teori semata-mata! Anda akan dapat panduan yang boleh terus dipraktikkan lepas webinar.

📌 5. Bina Keyakinan dalam Pemasaran Online
Belajar bagaimana menarik pelanggan baru dan mengekalkan pelanggan sedia ada.

📌 6. Peluang Tanya Soalan & Berinteraksi secara LIVE
Boleh terus tanya pakar jika ada soalan semasa sesi berlangsung.


5. KELAS NADI MAHIR PERTANIAN PINTAR MINGGU KE-18

Hari ini di NADI Long Bedian, sesi pembelajaran diteruskan dengan Kelas 1 dan Kelas 2, di mana para peserta menimba ilmu pertanian dengan penuh semangat dan minat. Suasana kelas berlangsung dalam suasana santai dan interaktif 🌱📚

📅 Tarikh: 11 Jun 2025
⏰ Masa:
• Kelas 1: 9.30 – 10.30 pagi
• Kelas 2: 11.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Tempat: NADI Long Bedian

Ilmu pertanian sentiasa berkembang bersama komuniti yang terus belajar! 🌾
#NADILongBedian#MahirPertanianPintar#KelasPertanian#Minggu18#BelajarBersama#longbedian


6. Program Cohort 3 NADI X Keusahawanan 2025

Sukacita dimaklumkan bahawa beberapa ahli NADI Long Bedian telah berdaftar sebagai peserta bagi Program Cohort 3 NADI X Keusahawanan 2025 anjuran MCMC.

Sebagai sebahagian daripada program ini, satu sesi webinar bertajuk “Pemasaran & Operasi Perniagaan” telah diadakan seperti butiran berikut:

📅 Tarikh: 12 Jun 2025 (Khamis)
🕙 Masa: 10.00 pagi – 11.30 pagi
📍 Lokasi: Secara dalam talian melalui Google Meet (dengan galakan hadir ke NADI)
🎙️ Pengajar: Tengku Ismith Tengku Ilham
🔗 Pautan: https://meet.google.com/xov-tsrj-duq

Sesi ini bertujuan memberi pendedahan kepada para usahawan berkaitan strategi pemasaran serta pengurusan operasi perniagaan. Peserta digalakkan untuk mengaplikasikan ilmu yang diperoleh bagi memperkasa perniagaan mereka di peringkat komuniti.


7. KELAS NADI MAHIR PERTANIAN PINTAR MINGGU KE-18

Hari ini di NADI Long Bedian, sesi pembelajaran diteruskan dengan Kelas 3, di mana para peserta menimba ilmu pertanian dengan penuh semangat dan minat. Suasana kelas berlangsung dalam suasana santai dan interaktif

Tarikh: 13 Jun 2025

Masa:

• Kelas 3: 9.30 – 10.30 pagi

Tempat: NADI Long Bedian

Ilmu pertanian sentiasa berkembang bersama komuniti yang terus belajar!

#NADILongBedian#MahirPertanianPintar#KelasPertanian#Minggu18#BelajarBersama#longbedian


8. WEBINAR: LINDUNGI IDENTITI DIGITAL ANDA

Anjuran: NADI x Cybersecurity

Sukacita dimaklumkan bahawa satu sesi webinar bertajuk “Lindungi Identiti Digital Anda – Secure Online Presence” akan dianjurkan seperti berikut:

📅 Tarikh: 13 Jun 2025 (Jumaat)
🕒 Masa: 3.30 PM – 5.00 PM
💻 Platform: Zoom (Siaran Langsung)

Antara topik yang akan dibincangkan:

  • 🔐 Kebocoran Data & Serangan Siber
  • 🌐 Pengenalan kepada Dark Web & Risiko Digital
  • 🎯 Teknik LTLR (Less Target, Less Risk)
  • 🎬 Bonus: Demonstrasi teknik keselamatan digital dan contoh serangan sebenar

📝 Syarat Penyertaan:

  • Terbuka kepada semua ahli berdaftar NADI
  • Penyertaan adalah PERCUMA, namun slot adalah terhad

📌 Pendaftaran:
Sila daftar segera di pautan berikut: https://cybersecurity.nadi.my

📖 “Ilmu itu lebih baik daripada kekayaan, kerana kekayaan perlu dijaga, sedangkan ilmu menjaga kamu.”
— Ali bin Abi Thalib

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi NADI terdekat atau emel ke admin@msda.com.my.


9. 📱 KELAS ASAS: BUKA HOTSPOT WIFI MELALUI HANDPHONE 🔥

Nak kongsi internet tapi tak tahu macam mana nak buka hotspot dari telefon? Jangan risau! Jom sertai kelas asas ini dan belajar langkah demi langkah secara santai.

📌 Apa yang anda akan pelajari?
✅ Cara aktifkan hotspot di Android & iPhone
✅ Tetapan nama & kata laluan hotspot
✅ Tips keselamatan semasa guna hotspot
✅ Cara sambung ke peranti lain

🗓 Tarikh: 16 Jun 2025
🕘 Masa: 2.30 – 4.30pm
📍 Tempat: NADI Long Bedian
🎓 Terbuka kepada semua peringkat umur!

#KelasAsasDigital
#HotspotWiFi
#NADILongBedian
#IlmuUntukKomuniti


10. KELAS MAHIR PERTANIAN PINTAR KELAS 1

Hari ini di NADI Long Bedian, sesi pembelajaran diteruskan dengan Kelas 1 di mana para peserta menimba ilmu pertanian dengan penuh semangat dan minat. Suasana kelas berlangsung dalam suasana santai dan interaktif 🌱📚

📅 Tarikh: 18 Jun 2025
⏰ Masa: 9.30 – 10.30 pagi
📍 Tempat: NADI Long Bedian

Ilmu pertanian sentiasa berkembang bersama komuniti yang terus belajar! 🌾


11. KELAS ASAS PENGGUNAAN APLIKASI WHATSAPP BUSINESS

Objektif Program:
Meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan aplikasi WhatsApp Business untuk tujuan promosi dan pengurusan pelanggan dalam perniagaan kecil.

Kandungan Kelas:

  • Pengenalan kepada WhatsApp Business
  • Cara mencipta akaun Business
  • Fungsi utama: Label, Auto-reply, Catalog
  • Tips penggunaan efektif untuk usahawan

Output:
Peserta berjaya mencipta akaun WhatsApp Business masing-masing dan memahami fungsi asas untuk digunakan dalam perniagaan mereka.

Catatan Tambahan:
Kelas dijalankan secara hands-on dan personal coaching bagi memudahkan pemahaman peserta


12. NADI X NURTURE – DiLea Tingkatan 4
📅 19 Jun 2025 | 🕒 3.30 – 4.30 petang
📍 NADI Long Bedian

Subjek: Sejarah
Jumlah Pelajar: 2 orang (Tingkatan 4)

Sesi pembelajaran memberi tumpuan kepada pengukuhan topik penting dalam subjek Sejarah serta latihan menjawab soalan berformat SPM. Pelajar menunjukkan minat dan kerjasama yang baik sepanjang sesi berlangsung.

Catatan: Pelajar memberi respon positif dan menunjukkan peningkatan dalam kefahaman topik.


13. KELAS MAHIR PERTANIAN PINTAR KELAS

Hari ini di NADI Long Bedian, sesi pembelajaran diteruskan dengan Kelas 3 dan Kelas 4 di mana para peserta menimba ilmu pertanian dengan penuh semangat dan minat. Suasana kelas berlangsung dalam suasana santai dan interaktif 🌱📚

📅 Tarikh: 20 Jun 2025
⏰ Masa:

Kelas 3 : 9.30am – 10.30am

Kelas 4 : 11.00 am – 12.00 pm
📍 Tempat: NADI Long Bedian

Ilmu pertanian sentiasa berkembang bersama komuniti yang terus belajar! 🌾


14. WEBINAR NADI x CYBERSECURITY : MEMAHAMI RISIKO SIBER DALAM PERMAINAN ONLINE ANAK

📅 20 Jun 2025 (Jumaat)

🕒 3.30 PM – 5.00 PM

💻 Platform: Zoom (Live Streaming)

Webinar ini memberi pendedahan penting tentang:

🔹 Ancaman siber dalam kalangan kanak-kanak

🔹 Risiko permainan dalam talian seperti buli siber dan ketagihan

🔹 Langkah perlindungan serta pemantauan ibu bapa yang berkesan

Semoga ilmu yang dikongsi dapat membantu kita mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat untuk anak-anak kita.


15. SESI MENTOR KHAS TINY TECHIES: Santai Bersama Pakcik Lan

Tajuk: Agenda Pemerkasaan STEM Robotik Nasional Bermula Dengan Anda

Tarikh: 21 Jun 2025 (Sabtu)

Masa: 10 pagi

Sesi ini membuka ruang kepada peserta muda untuk:

🔸 Mengenali potensi dunia teknologi dan robotik

🔸 Mendapat inspirasi dalam meneroka kerjaya masa depan berkaitan STEM

🔸 Menyedari bahawa perubahan bermula dengan minat dan tindakan kecil

Terima kasih kepada semua peserta cilik, ibu bapa, dan komuniti yang menyokong program ini.


16. NADI x KIDVENTURE : COHORT 2

WEBINAR ATAS TALIAN SESI 4: OPERASI PERNIAGAAN

📅 21 Jun 2025 (Sabtu)

🕙 10.00 pagi – 11.00 pagi

📍 Secara atas talian & di NADI Long Bedian

🎓 Tenaga Pengajar: Muhamad Syaamil Bin Abdul Razak

Sesi webinar ini telah berjaya dijalankan dengan pengisian yang padat dan bermanfaat mengenai pengurusan serta operasi perniagaan harian, khusus untuk usahawan kecil dan komuniti luar bandar.

Terima kasih kepada semua peserta yang hadir secara fizikal dan dalam talian.

Semoga ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan dalam perjalanan keusahawanan anda. 💼📈


17. NADI x KIDVENTURE: COHORT 3

WEBINAR SESI 1: PELAN PERNIAGAAN PERTAMA SAYA

📅 21 Jun 2025 (Sabtu)

🕙 10.00 pagi – 11.00 pagi

📍 Atas talian & di NADI Long Bedian

🎓 Tenaga Pengajar: Fauziah Sirat

Sesi pengenalan ini telah membuka minda peserta muda untuk mula merancang pelan perniagaan mereka sendiri dengan bimbingan dan tunjuk ajar yang mudah difahami.

Terima kasih kepada semua peserta cilik yang menyertai secara fizikal dan atas talian! Semoga ini menjadi langkah pertama ke arah menjadi usahawan muda berjaya. 🌟💼


18. Webinar Berkala Matematik Edisi 2 Tingkatan 4 & 5

📅 21 Jun 2025 (Sabtu)
⏰ 2.30 petang – 4.30 petang
📍 Secara atas talian melalui Google Meet

Webinar Matematik Edisi 2 telah berlangsung dengan lancar melibatkan pelajar Tingkatan 4 & 5.

Tahniah kepada semua pelajar yang komited mengikuti sesi ini hingga akhir. Teruskan usaha dan semangat belajar! 📘✨


19. 🎓 MEMBANTU PELAJAR LEPASAN SPM MEMOHON KE SARAWAK SKILLS

NADI Long Bedian komited dalam membantu pelajar lepasan SPM meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya. Baru-baru ini, beberapa pelajar telah dibimbing dalam proses permohonan kemasukan ke institusi kemahiran Sarawak Skills.

Bimbingan ini meliputi panduan mengisi borang permohonan, pemilihan kursus yang sesuai serta penerangan tentang peluang kerjaya dalam bidang teknikal dan vokasional. Inisiatif ini diharap dapat membuka jalan kepada anak-anak kampung untuk melangkah lebih jauh dalam dunia kemahiran.

Kami di NADI akan terus menyokong dan membimbing pelajar dalam membina masa depan yang lebih cerah. 💪✨


20. FORUM BERSAMA KOMUNITI – NADI MAHIR (SESI BORNEO)
Tarikh: 26 Jun 2025
Masa: 11:00 pagi – 12:00 tengah hari
Platform: Dalam talian

Seramai 4 orang peserta dari NADI Long Bedian telah menyertai forum ini yang menampilkan topik seperti Mahir Pertanian Pintar, Mahir Jahit, Mahir Foto, Mahir Baiki Gajet dan Mahir Masak. Forum ini memberi pendedahan kepada pelbagai kemahiran asas dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dalam komuniti.


21. 📢 NADI X KESEJAHTERAAN KENDIRI 📢

Tarikh: 26 Jun 2025
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: NADI Long Bedian

Program ini menawarkan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada komuniti. Seramai 2 orang peserta telah hadir dan menjalani pemeriksaan berikut:

  • Tahap gula dalam darah
  • Tekanan darah
  • Indeks Jisim Badan (BMI)

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran komuniti tentang pentingnya menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri.


22. Kelas Matematik (Open Live Class)
Tarikh: 30 Jun 2025 (Isnin)
Masa: 3.30 PM – 4.30 PM
Lokasi: NADI Long Bedian
Platform: Google Meet

Seramai dua peserta telah menyertai sesi pembelajaran atas talian Kelas Matematik yang dikendalikan secara interaktif. Sepanjang sesi, peserta menunjukkan komitmen tinggi dan terlibat aktif dalam setiap aktiviti.

Guru menggunakan pendekatan menarik seperti penerangan topik, sesi soal jawab, dan latihan secara langsung. Peserta juga menerima maklum balas serta bimbingan secara terus daripada guru. Sesi berjalan lancar dan mengikut jadual.

Tahniah kepada peserta yang komited! 👏

#NADILongBedian #KelasOnline #OpenLiveClass #Matematik #KomunitiBelajar #JUN2025