PERTANDINGAN VIDEO PENDEK 2025
Adakah anda pelajar sekolah menengah yang kreatif dan ingin menyuarakan isu penting dalam dunia digital? Sertai Pertandingan Video Pendek anjuran NADI x Kesedaran & Kempen Internet Selamat!
Tajuk Pilihan:
Buli Siber
Pengantunan Siber
Tarikh Pertandingan:
20 Jun – 31 Julai 2025
Syarat Ringkas:
Terbuka kepada pelajar sekolah menengah (13–18 tahun)
Penyertaan secara berkumpulan (minima 3 orang)
Tempoh video: 3 hingga 5 minit
Gunakan aplikasi CapCut untuk suntingan
Video mestilah bertemakan Buli Siber atau Pengantunan Siber
Elakkan unsur lucah, politik atau perkauman
Nilai kreativiti dan interaktif sangat diutamakan!
Hadiah Wang Tunai RM500 menanti 2 kumpulan terbaik setiap negeri!
E-Sijil penyertaan juga disediakan untuk semua peserta.
Jangan tunggu lama! Rakam, sunting dan kongsikan suara anda demi keselamatan siber.

