NADI Long Bedian

Tarikh: 23 Mei 2026 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang
Tempat: Dewan Serbaguna Long Bedian

Pengenalan Program

Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (MCS) telah berjaya dilaksanakan pada 23 Mei 2026 (Sabtu) bertempat di Dewan Serbaguna Long Bedian bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Program ini dianjurkan bagi mendekatkan pelbagai perkhidmatan kerajaan kepada komuniti setempat, khususnya penduduk di kawasan pedalaman Long Bedian, selain meningkatkan akses kepada maklumat, khidmat nasihat serta pelbagai urusan rasmi kerajaan.

Program ini turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat dengan kehadiran pelbagai lapisan komuniti termasuk golongan dewasa, warga emas, belia serta kanak-kanak.

Objektif Program

  1. Memudahkan komuniti luar bandar mendapatkan akses kepada perkhidmatan kerajaan tanpa perlu ke bandar.
  2. Memberikan pendedahan berkaitan perkhidmatan, bantuan serta inisiatif kerajaan kepada masyarakat setempat.
  3. Mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dan komuniti melalui pendekatan turun padang.
  4. Menyediakan aktiviti kemasyarakatan yang bermanfaat dan mesra keluarga.

Aktiviti Menarik Sepanjang Program

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program berlangsung bagi menarik penyertaan komuniti, antaranya:

  • Kaunter Perkhidmatan Kerajaan – menyediakan khidmat nasihat, semakan, pendaftaran dan penerangan berkaitan urusan rasmi.
  • Program Jualan Rahmah MADANI – menawarkan jualan barangan keperluan asas pada harga berpatutan untuk membantu meringankan kos sara hidup komuniti.
  • Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak – memberi peluang kepada kanak-kanak menyerlahkan kreativiti serta menggalakkan penglibatan keluarga dalam program komuniti.
  • Cabutan Bertuah – sebagai penghargaan kepada pengunjung dan penyeri program.
  • Khidmat Komuniti & Kesedaran Digital – pendedahan mengenai penggunaan internet secara selamat, komunikasi digital dan manfaat perkhidmatan digital komuniti.

Agensi/Jabatan Yang Terlibat

Program ini telah melibatkan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, antaranya:

  • Perbendaharaan Malaysia Sarawak (Urusetia)
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (Program Jualan Rahmah MADANI)
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
  • Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sarawak
  • Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sarawak
  • Mahkamah Negeri Sarawak
  • Klinik Kesihatan Long Bedian
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
  • NADI Long Bedian

Secara keseluruhannya, Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (MCS) ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Kehadiran pelbagai agensi kerajaan telah memberi manfaat besar kepada penduduk Long Bedian dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan secara terus di peringkat komuniti. Program sebegini diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuhkan kesejahteraan masyarakat luar bandar serta memastikan komuniti sentiasa mendapat akses kepada perkhidmatan kerajaan secara menyeluruh.