
Kategori: Pertandingan Video Pendek
Tema: Pengalaman dan Usaha Demi Kesejahteraan Kendiri
Program ini bertujuan menggalakkan ahli dan petugas NADI berkongsi pengalaman serta usaha dalam mengekalkan gaya hidup sihat melalui penghasilan video pendek yang kreatif dan berinspirasi.
Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM3,000 beserta sijil penyertaan. Turut disediakan hadiah bulanan, anugerah NADI penyertaan terbanyak serta kategori ‘likes’ terbanyak.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 Februari 2026.
Orang ramai dijemput untuk mengimbas kod QR pada poster bagi pendaftaran dan maklumat lanjut.