Tarikh: 9 Julai 2026 (Khamis)
Masa: 7.00 malam – 11.00 malam
Tempat: SMK Long Bedian
NADI Long Bedian telah menerima jemputan daripada pihak SMK Long Bedian untuk menghadiri Program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) yang menghimpunkan murid, ibu bapa, guru serta komuniti setempat dalam suasana yang harmoni dan penuh semangat perpaduan.
Sepanjang program berlangsung, petugas NADI Long Bedian telah mengambil peluang untuk memperkenalkan peranan dan fungsi NADI kepada komuniti yang hadir. Pendekatan ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara NADI dengan masyarakat, malah meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pelbagai kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan di NADI Long Bedian.
Antara perkongsian yang diberikan ialah mengenai inisiatif Pembelajaran Sepanjang Hayat, pembangunan keusahawanan digital, kesejahteraan kendiri, program kesedaran digital, serta bantuan berkaitan inisiatif kerajaan yang boleh diakses oleh komuniti. Pengunjung turut diberi penerangan mengenai kelas-kelas percuma, latihan kemahiran digital, webinar, program pembangunan usahawan, tuisyen rakyat, serta bantuan penggunaan platform dan perkhidmatan digital yang disediakan di NADI.
Pendekatan “sambil menyelam minum air” ini membolehkan petugas NADI mempromosikan perkhidmatan kepada masyarakat secara santai dan mesra, sekali gus menggalakkan lebih ramai komuniti untuk berkunjung ke NADI bagi meningkatkan kemahiran digital, memperoleh maklumat terkini, serta memanfaatkan pelbagai program yang ditawarkan.
Penyertaan NADI Long Bedian dalam Program RIMUP ini berjaya memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik antara NADI dan institusi pendidikan, di samping memperluaskan capaian perkhidmatan NADI kepada komuniti setempat. Diharapkan lebih ramai penduduk Long Bedian akan memanfaatkan kemudahan dan peluang pembelajaran yang disediakan demi melahirkan masyarakat yang lebih celik digital, berpengetahuan dan berdaya saing.





