NADI Long Bedian

Long Bedian merupakan sebuah daerah kecil bagi Daerah Telang Usan. Keluasan Daerah Kecil Long Bedian adalah 2,649 km persegi. Dari segi kawasan persempadanan pilihanraya, Daerah Kecil Long Bedian ini adalah di bawah Parlimen P.220 Baram dan Dewan Undangan Negeri N.77 Telang Usan. Long Bedian boleh dihubungi dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda (jalan pembalakan) dan mengambil masa kira-kira 4 jam perjalanan dari Miri ke Long Bedian dan kira-kira 2 jam perjalanan dari Pekan Long Lama ke Long Bedian.

Kemudahan yang ada di Long Bedian adalah seperti berikut :

  • Kedai berpusat
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Long Bedian, Sekolah Model Khas (K11)
  • Sekolah Rendah Long Bedian
  • Perumahan Tama Engan Sang
  • Tenyok Resort & Taman Rekreasi Sg Mirah, Tenyok
  • Klinik Kesihatan Long Bedian
  • Loji Air Komuniti (JBALB)
  • Elektrik Solar Hybrid (SEB) 

Sosio-ekonomi Long Bedian

Long Bedian sedang mengalami perkembangan ekonomi, terutamanya dengan kehadiran projek paip gas Petronas, yang memberikan impak positif kepada penduduk melalui peluang pekerjaan dan perniagaan. Kehadiran syarikat pembalakan seperti Samling, Shin Yang, dan Interhill turut menyumbang melalui pemberian pekerjaan dan tanggungjawab sosial korporat.

Aktiviti perladangan kelapa sawit secara kecil-kecilan dan pertanian menjadi sumber pendapatan tambahan. Selain itu, memburu dan menangkap ikan kekal sebagai aktiviti harian masyarakat, menyediakan makanan utama penduduk kawasan ini.